SINOPSIS CERITA SOSIAL 1, 200 patah perkataan
Alim yang merupakan kanak-kanak autisme pulang ke kampung sebelah ibunya di Kajang bersama keluarganya. Alim pulang ke kampung untuk bermain dengan ayam dan itik. Usai tiba di kampung, Alim tidak menjumpai ayam dan itik yang dicarinya seraya dia terus bersedih dan marah kemudian menangis. Nenek dan atuk memujuk Alim yang keliru tentang keberadaan ayam dan itik. Alim menyangkakan bahawa ayam dan itik sudah mati. Melihatkan ibu bapa Alim dan adik beradiknya sedang sibuk dengan tugas masing-masing, nenek datang memujuk Alim. Nenek memberitahu Alim bahawa ayam dan itik berada dalam reban baharu yang berada tidak jauh dari reban lama. Alim kembali ceria setelah melihat ayam dan itik. Kemudian, Alim masuk ke dalam rumah atuk dan nenek, dan sekali lagi menjadi keliru dan menangis kerana menyangkakan rumah atuk dan nenek sudah tiada. Hal ini demikian kerana, rumah atuk dan nenek mengalami pengubahsuaian. Nenek sekali lagi memujuk Alim dengan membawanya berjalan sekeliling rumah. Alim kembali ceria. Ibu bapa Alim serta nenek dan atuk sedih melihat kelakuan Alim tetapi mereka cuba untuk membantu Alim untuk memahami dan menerima perubahan yang berlaku. Namun, suasana kampung yang telah berubah telah merapatkan lagi hubungan mereka sekeluarga. Alim sudah tahu tempat baharu reban ayam dan itik dan dia ceria.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Comments
Post a Comment