MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-Kanak

(1) Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik, dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. 
      Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Ada perasaan yang sangat istimewa setiap kali bercakap tentang keluarga. Kasih dan cinta yang dambanya hingga ke Syurga. Syukur seorang Adlina, keluarga saya bahagia. Saya masih punya ibu dan bapa yang mesra dipanggil mama dan abah. Setiap kali cuti semester, seronoknya duduk di rumah ringankan kerja mama dan abah. Dari pagi, urusan kemas rumah, sidai kain, jaga makan minum haiwan peliharaan. Penat tapi berbaloi apabila dapat lihat mama dan abah pulang dari sekolah dan boleh bawa bertenang. Adik-beradik pulang dari sekolah sudah dihidangkan dengan makanan yang saya masak. Adik-beradik yang ramai juga sumber kasih dan kekuatan. Walau pun setiap kali bersua ada sahaja yang hendak diperdebatkan, tapi itu perkara normal. Kadang-kadang, memang sengaja mencari topik untuk berkomunikasi dengan adik-beradik. InshaAllah, tidak lama lagi keluarga Razman bakal menerima ahli baharu. Semakin besarlah keluarga bahagia ini. Mama dan abah rasanya seperti kawan-kawan. Tapi batas percakapan tetap perlu dijaga, jangan tinggi suara. Saudara-mara pula sangat “supportive”. Setiap kali jatuh, mesti dipujuk supaya bangun dan cuba lagi. Saya menyokong mereka, dan mereka menyokong saya tidak kira apa jua bidang yang kami ceburi dalam kehidupan. Itulah fungsinya keluarga dan saudara. Kadang kalanya wujud salah faham, tapi itu tidak menghalang hubungan yang baik dan sihat itu terjalin.



Comments