1.
Teks Asal: I can see in your eyes that you are a kind person.
Terjemahan
Melayu: Saya boleh melihat menerusi pandangan mata anda bahawa anda adalah
orang yang baik.
Bukti: Lirik Lagu (Keluarga)
Ibu
bapa yang disayangi
Saya
tetap berhati-hati
Menjaga
budi pekerti
Keluarga
saya yang dicintai
2.
Teks Asal: A friend is when she/ he understands you no matter how difficult you
try to explain the situation.
Terjemahan
Melayu: Seorang sahabat adalah yang memahami anda tidak kira bertapa sukarnya
anda cuba untuk menjelaskan sesuatu keadaan itu.
Bukti:
Lirik Lagu (Diri)
Kawan-kawan
semua
Inilah
saya yang istimewa
Saya
sentiasa berusaha
Menjadi
insan yang berguna
3.
Teks Asal: A good friend is when she/ he is not being judgemental towards you.
Terjemahan
Melayu: Seorang kawan yang baik adalah seseorang yang tidak menghakimi sesuatu
perkara tentang diri kamu.
Bukti:
Lirik Lagu (Saya yang Istimewa)
Saya
yang istimewa
Bersikap
baik sesama manusia
Saya
dilihat berlainan rupa
Semangat
positif dikongsi bersama.
4.
Teks Asal: No matter how ready you are to face the world, the world will always
try to make you feel challenge.
Terjemahan
Melayu: Tidak kira bagaimana anda sentiasa bersedia untuk menghadapi dunia ini,
dunia ini akan sentiasa cuba untuk membuatkan anda rasa tercabar.
Bukti:
Lirik Lagu (Saya yang Istimewa)
Saya
dengan dunia
Belajar
berdikari setiap masa
Hormati
orang lebih dewasa
Satu
perkara disanjungi bersama
5.
Teks Asal: I am willing to share what I have with others.
Terjemahan
Melayu: Saya sudi untuk berkongsi apa sahaja yang saya ada bersama orang
lain.
Bukti:
Lirik Lagu (Diri)
Saya
belajar setiap masa
Sifat
sabar diambil kira
Dugaan
besar selalu ada
Dikongsi
bersama keluarga
6.
Teks Asal: What I have today will not be mine if I am not honest. Be honest in
everything that you do.
Terjemahan
Melayu: Apa yang saya ada pada hari ini belum tentu menjadi milik saya
sekiranya saya tidak bersikap jujur. Bersikap jujurlah dalam setiap perkara
yang anda lakukan.
Bukti:
Lirik Lagu (Diri)
Baik
hati nurani
Kuatkan
jati diri
Mulia
peribadi
Perasaan
tenang tidak terperi
7.
Teks Asal: Be kind. Be honest. Work hard and do your best.
Terjemahan
Melayu: Jadilah orang yang baik. Jadilah orang yang jujur. Sentiasa bekerja
keras dan lakukan yang terbaik.
Bukti:
Lirik Lagu (Diri)
Saya
seorang yang baik hati
Jujur
dan ikhlas di dalam diri
Saya
belajar berdikari
Menolong
orang setiap hari
8.
Teks Asal: I am full of emotions but my emotions will not give negative impacts
towards others.
Terjemahan
Melayu: Saya sarat dengan emosi tetapi emosi saya tidak akan memberi kesan
negatif terhadap orang lain.
Bukti:
Lirik Lagu (Saya Tahu)
Hati
saya siapa yang tahu
Saya
sendiri jadi keliru
Ingin
menangis seperti selalu
Air
mata keluar menderu
9.
Teks Asal: Although I am emotionally challenged but I will try my best not to
make you feel burden.
Terjemahan
Melayu: Walaupun saya menghadapi cabaran secara emosi tetapi saya akan cuba
yang terbaik untuk tidak membebankan anda.
Bukti:
Lirik Lagu (Saya Tahu)
Saya
cuba memahami
Diri
saya sendiri
Mengapa
jadi begini
Ayah dan ibu susah hati
10.
Teks Asal: My parents will be happy when I am a better person.
Terjemahan
Melayu: Ibu bapa saya akan berasa gembira apabila saya menjadi orang yang lebih
baik.
Bukti:
Lirik Lagu (Keluarga)
Saya
berasa puas hati
Menolong
ibu bapa setiap hari
Bermula
di pagi hari
Sehingga
malam nanti
Rujukan: Noraien
Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You...For
Us...Terengganu: Penerbit UMT.
Comments
Post a Comment