21 DISEMBER 2020
TAHUN NI TERASA PANJANG KAN?
Tapi tiba-tiba dah bulan Disember.
Felt so long, but yet so fast.
Okay, Itu mukadimah je.
Berikut merupakan tugasan dengan partner saya, Lina dibongdingbongding 💙💛
1. Teks Asal: When someone is
angry at you, just smile and ask for forgiveness.
Teks Terjemahan: Apabila seseorang marah
kepadamu, tetaplah tersenyum dan mintalah keampunan daripadanya.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
“Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!,”
kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim.
“Begini, perlahan-lahan ya!,” bisik ibu perlahan.
2. Teks Asal: When you are at
the lowest point in your life, just remind yourself that it will go away soon.
Time heals.
Teks Terjemahan: Tatkala hidup terasa sukar,
pesanlah pada diri bahawa kelak ia akan berlalu. Masa mampu mengubati.
Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)
“Abang tidak sihat, adik,” jawab ibu sampai
memujuk adik perempuan Alim. Abang dan kakak sedih melihat Alim dan adik
perempuan mereka. Mereka juga menangis.
3. Teks Asal: Always be kind to
others.
Teks Terjemahan: Sentiasa
bersikap baik kepada orang lain.
Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
“Mak Cik Timah tak sedih. Mak Cik Timah gembira
kerana Alim baik dengan Sulaiman,” kata Mak Cik Timah sambil memandang ke arah
Sulaiman yang membasuh basikal kecilnya.
4 Teks Asal: Love and care for
yourself first before you tend to love and care for others.
Teks Terjemahan: Sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum menyayangi
orang lain.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
“Saya sayang keluarga saya,” ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain
5. Teks Asal: Say nice things, say good things
and you will find happiness in life.
Teks Terjemahan: Ucapkan perkara yang baik,
maka anda akan menemukan kebahagiaan dalam hidup.
Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya
yang Istimewa)
Mak Cik Timah masih memandang ke arah Alim
yang berjalan masuk ke rumah. Mak Cik Timah berdoa akan kesihatan dan
kesejahteraan Alim sekeluarga.
6. Teks Asal: I will not
judge you. I am just a normal person.
Terjemahan Melayu: Saya
tidak akan menilai anda. Saya juga manusia biasa.
Bukti: Cerita Sosial 3
(Keluarga Saya)
“Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari
ibu tolong!, kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu
bersama Alim. “Begini, perlahan-lahan ya!, bisik ibu perlahan.
7. Teks Asal: To me, you are the most precious
person in the world.
Terjemahan
Melayu: Bagi saya, awak adalah insan yang paling berharga di dunia ini.
Bukti:
Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
Alim tersenyum. Alim tahu bahawa
keluarga adalah penting. Alim tahu keluarga akan sentiasa menolong antara satu
sama lain.
8.
Teks Asal: When I look at you, I will smile. My love will always be with you.
Terjemahan
Melayu: Apabila saya memandang awak, saya akan tersenyum. Kasih sayang saya
akan sentiasa bersama dengan awak.
Bukti:
Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
“Kami sayang dan rindu Alim,” kata
ahli keluarga yang lain serentak. Mereka semua ketawa.
9.
Kindness will speak the truth.
Terjemahan
Melayu: Kebaikan ialah sebuah kebenaran.
Bukti:
Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
“Sama-sama Mak Cik. Ibu kata,
berkongsi itu perbuatan yang baik. Ibu juga pesan, Sulaiman jiran yang baik.
Mak Cik Timah pun baik. Pak Cik Yakub pun baik. Kita semua mesti baik dengan
jiran,” jawab Alim sambil menganggukkan kepala.
10.
Be a better person today and you will find happiness.
Terjemahan
Melayu: Jadilah orang yang lebih baik pada hari ini, dan anda akan menemui
kebahagiaan.
Bukti:
Cerita Sosial 4 (Hati)
Hari ini hari lahir Alim. Alim
berkongsi kek cawan dengan rakan yang lain. Rakan-rakannya mengucapkan terima
kasih kepada Alim.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim.
(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu:
Penerbit UMT.
Gambar Kehadiran Minggu 9 ❤
Comments
Post a Comment