SINOPSIS CERITA SOSIAL 2 (150 patah perkataan)
Bapa Alim yang pergi ke pasar tani telah membeli banyak buah-buahan untuk keluarganya kerana beliau tahu bahawa anak-anaknya gemar makan buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, buah durian, buah manggis dan lain lagi. Anak-anaknya yang teruja melihat Bapa Alim membawa pulang buah-buahan terus memilih buah yang mereka gemari. Ibu Alim yang peka terhadap kebersihan rumah telah menyediakan bakul sampah dan mengingatkan anak-anaknya untuk membuang sampah pada tempat yang sepatutnya. Anak-anak yang tidak banyak ragam menurut pesanan ibunya. Alim berhasrat untuk memberi sedikit buah-buahan kepada Sulaiman, anak jiran keluarga Alim. Ibu Alim memuji Alim yang berniat baik dan selalu mengingati pesanan ibunya tentang amalan berkongsi kesenangan dan rezeki yang diperoleh. Alim memberi buah rambutan dan manggis kepada Sulaiman. Kemudian, Alim yang sedang menolong keluarganya mengemas rumah terserempak dengan Mak Cik Timah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim atas pemberiannya sebentar tadi dan berasa terharu kerana Alim baik terhadap anaknya. Alim menyatakan bahawa dia suka berkawan dengan anaknya. Mak Cik Timah yang terharu terus mendoakan kesejahteraan keluarga Alim.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
![]() |
Comments
Post a Comment