TENTANG DIRI
Assalamualaikum pembaca. Saya Siti Adlina binti Razman. Saya sangat selesa dikenali dengan nama panggilan yang paling mudah iaitu "Siti". Saya lahir pada 3 November 1998 dan saya merupakan anak ketiga daripada enam orang adik-beradik. Pada September 2018, saya secara rasminya menjadi mahasiswi di Universiti Putra Malaysia apabila saya ditawarkan menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu. Kebanyakan waktu lapang saya dihabiskan dengan membaca buku dan menulis diari (serta mengusik mama dan adik-adik saya 😆). Inilah serba sedikit tentang seorang Siti yang introvert 😉 (Sungguh pun seorang yang introvert, saya boleh jadi sangat peramah dengan orang yang betul). Kan para introvert semua? Iya kan? Iya kan?
Comments
Post a Comment