ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan.
1. Mudah
Mudah bermaksud setelah saja grafik dilihat, ianya dapat difahami dengan cepat, tanpa perlu berfikir panjang maksud yang ingin disampaikan.
2. Warna
Dalam sesuatu grafik, penggunaan warna mestilah tidak lebih daripada tiga warna. Namun demikian, pemilihan warna dalam gambar adalah mengikut objektif dan mesej yang hendak disampaikan.
3. Teks
Jenis dan saiz font yang digunakan perlu dipertimbangkan. Penggunaan teks dalam grafik adalah untuk memberi kefahaman secara terperinci. Warna font yang digunakan juga mestilah timbul dan jelas.
4. Kesesuaian
Grafik mestilah disesuaikan dengan latar masa, latar tempat dan latar watak yang terdapat di dalamnya. Setiap latar mestilah mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain.
5. Keseimbangan
Ruang yang digunakan dalam suatu grafik perlu seimbang dan tidak berat hanya pada satu bahagian sahaja. Ruang kiri, ruang kanan, ruang atas, dan ruang bawah suatu grafik perlu diambil kira untuk menghasilkan grafik yang menarik.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Comments
Post a Comment