Menurut kajian Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) penggunaan Instagram telah memberi banyak
manfaat kepada para penggunanya. Antaranya ialah pengguna dapat belajar merakam
video, berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram yang lain. Di
Instagram, dengan menonton cerita pendek yang dikongsikan oleh pengguna lain,
pengguna dapat mempelajari sesuatu daripadanya. Bukan sahaja bagi golongan
muda, para pengajar juga boleh menggunakan Instagram sebagai plaform dalam
penciptaan sukatan pelajaran baharu dalam penghasilan video yang membawa aura
positif kepada orang lain. Selain itu, penggunaan Instagram dengan cara yang
betul dapat dipupuk dalam kalangan pengguna kerana mereka aka menggunakan
bahasa dan kelakuan yang sesuai dalam video atau gambar yang mereka kongsikan. Kesimpulannya, kajian yang dijalankan dalam kalangan pelajar dan pengajar ini diharapkan dapat dilanjutkan dalam kalangan pelajar universiti.
Rujukan:
Bell, M. A. (2013). Picture This! Using Instagram with Students. Internet@Schools, 20(4):23-25
Normaliza Abd Rahim. (2014). Learning through Blog Writing. Embracing the Technology. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019) Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Comments
Post a Comment