Rumusan Kajian tentang Penulisan Blog
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Teregganu
Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) Keputusan
dan perbincangan kajian dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu objektif
kajian berkenaan dengan blog pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan
pembelajaran multimedia.
Bagi
blog di dalam pengajian kesusasteraan, ianya terbahagi kepada empat genre iaitu
puisi, cerpen, skrip drama, dan pantun. Setiap genre telah dipilih oleh
responden dan peratusannya dinyatakan. Bagi genre puisi, responden perempuan
menunjukkan peratusan lebih tinggi (80%) berbanding responden lelaki (66.7%) dalam
penulisan puisi di dalam blog. Bagi genre cerpen pendek, peratusan responden
lelaki dan wanita dalam penulisan cerpen di dalam blog adalah lebih daripada
80%. Manakala bagi penulisan skrip drama di dalam blog, peratusan responden
perempuan adalah lebih tinggi (93.3%) berbanding responden lelaki (76.7%).
Tambahan lagi, bagi penulisan genre pantun di dalam blog, peratusan yang
didapati membuktikan bahawa responden perempuan lebih pandai menulis (86.7%)
berbanding responden lelaki (66.7%).
Seterusnya,
penulisan blog dalam pembelajaran bahasa terbahagi kepada tiga iaitu penulisan
surat, peluahan perasaan, dan penulisan teka-teki. Bagi penulisan surat di
dalam blog, perbezaan peratusan antara responden lelaki (80%) dan perempuan
(83.3%) adalah 3.3% sahaja. Manakala bagi peluahan perasaan, sekali lagi
peratusan yang ditunjukkan oleh responden wanita mendahului responden lelaki
dengan iaitu 100% berbanding 66.7%. Selain itu, bagi penulisan teka-teki dalam
kalangan responden lelaki dan perempuan adalah hampir sama peratusannya iaitu
kedua-keduanya lebih daripada 90%.
Blog
dalam pembelajaran teknologi terbahagi kepada tiga bahagian iaitu video, audio,
dan fotografi. Kedua-dua responden golongan lelaki dan perempuan menunjukkan
peratusan 100% gemar memasukkan video ke dalam blog mereka. Keputusan yang sama
bagi audio apabila kedua-dua golongan responden menyatakan bahawa mereka sangat
gemar memasukkan senarai main lagu yang mereka minati ke dalam blog masing-masing.
Akhir sekali, 100% responden wanita suka memasukkan gambar ke dalam blog
manakala 93% bagi responden lelaki. Hal ini kerana responden wanita lebih gemar
bergambar.
Kesimpulannya,
ketiga-tiga bidang yang telah dikaji dalam penggunaan blog menunjukkan peratusan
yang memberansangkan iaitu tidak kurang daripada 60%.
Rujukan:
Comments
Post a Comment