Assalamualaikum semua.
Cerita Sosial 2 memang look so familiar, tapi content kali ni lain sikit 😉
Antara nilai yang ada dalam Cerita Sosial 2 ialah:
1. Menjaga kebersihan
2. Berkongsi rezeki dengan orang lain
3. Tolong menolong antara keluarga
4. Berterima kasih
5. Mendoakan kesejahteraan orang lain
Buktinya ada dalam gambar kat bawah ni:
Pada pendapat saya, semua nilai yang dapat senaraikan dalam Cerita Sosial 2 ialah antara nilai murni yang jelas mencuat. Yang pertama, nilai menjaga kebersihan. Ibu Alim yang peka dengan kebersihan rumahnya, dari awal lagi telah menasihatkan pada anak-anaknya untuk membuang kulit buah-buahan pada tempatnya. Secara tidak langsung, Ibu Alim telah menerapkan nilai pentingnya kebersihan dalam kehidupan. Yang kedua, nilai berkongsi rezeki dengan orang lain. Nilai ini penting bagi mengingatkan kita bahawa dalam rezeki yang dikurniakan kepada kita, ada juga rezeki orang lain padanya. Yang ketiga, nilai tolong menolong antara keluarga. Yang keempat, nilai berterima kasih. Nilai ini mungkin nampak mudah, namun hakikatnya amalan berterima kasih kepada orang adalah antara amalan yang paling diremehkan sekali. Yang terakhir ialah nilai mendoakan kesejahteraan orang lain.
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Comments
Post a Comment