Minggu 5 (Bahagian A)
Rujukan
Normaliza Abd Rahim.(2019). Multimedia dalam bahasa. Selangor: Penerbit UPM
Hai, Assalamualaikum semua.
Mak Iti spent the whole day searching for ideas nak buat mind map on Asas Fotografi.
And tadaaaaa, here you go.
Jangan tengok saja, baca sekali nota tu.
Penat Mak Iti buat.
Sambil sambil duk saja tu, baik la korang membaca sikit.
![]() |
(BAHAGIAN B)
Rule of Thirds ialah teknik fotografi yang paling asas dan penting dalam menghasilkan sebuah gambar atau foto yang menarik. Rule of thirds penting bagi meningkatkan teknik komposisi dan bagi memastikan imej dalam gambar adalah seimbang. Pada masa kini, semua telefon bimbit mempunyai kamera dan paparan LCD yang mempunyai grid. Maka, mudah bagi seseorang untuk menggunakan teknik rule of thirds ketika melakukan fotografi walaupun mereka hanya amatur. Pemidang titik dalam paparan LCD yang digunakan dapat membantu seseorang untuk memastikan imej berada di titik yang sepatutnya. Melalui grid, empat garis yang muncul pada paparan adalah berguna untuk elemen dalam foto. Penggunaan Rule of Thirds adalah lebih berbaloi berbanding perlu menghadap skrin komputer terlalu lama untuk mengolah sesuatu foto yang telah diambil. Individu perlu memikirkan unsur-unsur gambar yang paling signifikan untuk dijadikan fokus dalam foto dan cuba meletakannya dekat garisan dan persimpangan grid. Sebagai contohnya, jikalau gambar manusia ialah unsur paling penting dalam gambar, maka letakkan kedudukan manusia pada garisan dan persimpangan grid tersebut. Dalam hal ini, individu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik dan memuaskan.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim.(2019). Multimedia dalam bahasa. Selangor: Penerbit UPM
Comments
Post a Comment