Assalamualaikum semua 😉
Rule of Thirds lagi?/
Jangan mengeluh dulu, kali ni lain sikit.
Rule of Thirds untuk selfie?
Nak selfie lawa tak?
Baca info Mak Iti nak bagi ni.
Secara ringkasnya, ROT untuk selfie tak banyak beza dengan ROT untuk fotografi biasa. ROT berguna untuk pastikan selfie kita nampak seimbang. Selfie yang cantik bukan setakat nampak muka sahaja, bukan setakat penuhkan skrin dengan muka kita sahaja, keseimbangan sangat penting. Pada paparan telefon bimbit kita yang canggih sekarang, mesti ada paparan grid yang boleh kita gunakan. Empat garis paparan grid digunakan untuk memastikan kedudukan yang tepat untuk kita letakkan wajah kita. Sebagai contohnya, letakkan wajah kita pada garis sebelah kanan dalam grid, barulah cantik selfie kita. Latar belakang suasana nampak jelas, muka kita pun nampak jelas.
Mak Iti ada juga share di Facebook Mak Iti.
Hehe. Jadi facebook famous pulak, boleh?
Famous la sangat. Friend pun 100 lebih je, haha.
I love my small circle facebook community.
Rujukan :
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Penerbit UPM
Comments
Post a Comment