Assalamualaikum semua.
Ni sambungan Cerita Sosial 3.
Mak Iti ada juga kongsi nilai-nilai murni yang ada dalam cerita sosial 3.
Cerita sosial 3 telah mencuatkan nilai-nilai murni seperti keluarga yang penyayang, sikap tolong-menolong, dan sikap suka belajar perkara baharu. Pertama sekali, nilai keluarga yang penyayang ditonjolkan oleh setiap watak dalam Cerita sosial 3 ini. Sikap setiap watak yang harmoni membuatkan keluarga ini menyayangi antara satu sama lain. Selain itu, sikap tolong-menolong yang diamalkan oleh keluarga Alim. Setiap daripada mereka tahu akan tanggungjawab masing-masing dalam meringankan beban ibu bapa dengan menolong mengemas rumah. Seterusnya, sikap suka belajar perkara baharu. Dalam cerita ini, sungguh pun Alim merupakan seorang anak istimewa, dia tetap ingin menolong ibu bapanya dengan mempelajari cara untuk mengemas rumah. Dari itu, dia belajar untuk bersabar dan rajin untuk bekerja. Sikap seperti inilah yang kita harus contohi dengan meletakkan usaha yang banyak untuk menangani apa jua kekurangan yang kita miliki.
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Comments
Post a Comment