Hai, Assalamualaikum semua.
Berikut adalah antara nilai murni yang didapati dalam Cerita Sosial 4:
Nilai murni yang pertama ialah nilai suka berkongsi. Alim yang kurang memahami apakah yang dimaksudkan dengan hari lahir tetap mahu berkongsi rezeki dengan rakan-rakannya. Selain itu, nilai murni yang lain ialah nilai kasih sayang. Ibu Alim yang sangat menyayangi anaknya itu mahu Alim belajar berdikari sungguh pun dia ialah anak istimewa. Ibu yang baik pasti mahu anaknya hidup tanpa terlalu bergantung kepada orang lain. Di samping itu, nilai menghormati guru. Alim sangat menghormati gurunya. Hal ini diperlihatkan apabila sesudah mereka makan kek cawan, Alim tetap menunggu arahan daripada gurunya.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Comments
Post a Comment