BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

 


Masihkah Kau Ingat?

1.      Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri. (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

Huraian: Penulisan tesis perlulah menjadi penulisan asli tanpa hasil ciplak mana-mana penulisan individu lain. Oleh kerana itu, setiap rujukan atau ayat yang dirujuk dalam penulisan orang lain perlu diolah ayatnya dengan gaya penulisan sendiri tanpa mengubah maksud sebenar yang ingin disampaikan.

2.      Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

Huraian: Setiap penulisan tesis perlu dipastikan terlebih dahulu peratusan keasliannya dengan menggunakan mesin pengesanan plagiarisme.

3.      Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

Huraian: Penulisan tesis yang baik adalah yang merujuk kepada hasil penulisan tesis orang lain yang sebenar dan bukannya merujuk kepada tesis yang menggunakan penulisan orang lain dalam kajiannya. Ianya seolah-olah pelajar tidak benar-benar memahami kajian sebenar orang lain.

4.      Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

Huraian: Untuk memahami bidang yang ingin dikaji, pelajar perlu membuat banyak pembacaan artikel yang terkini bagi memahami kaedah yang digunakan untuk setiap kajian yang dilakukan pada tahun yang berbeza-beza. Pelajar juga boleh mengenal pasti lompang yang terdapat dalam kajian-kajian tersebut.

5.      Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

Huraian: Pelajar atau individu yang ingin menjalankan sebuah kajian, adalah disarankan untuk menghadiri seminar atau persidangan supaya mereka mendapat pelbagai maklumat tentang kajian yang berkaitan dengan kajian yang ingin dijalankan. Hal tersebut juga sedikit sebanyak dapat membantu dalam proses pelaksanaan kajian yang ingin dilakukan.

6.      Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

Huraian: Segala perbincangan yang hendak dilakukan berkaitan penulisan tesis atau pelaksanaan sebuah penyelidikan, pelajar atau individu tersebut hendaklah sentiasa merujuk kepada penyelia atau pakar bidang tersebut dan elakkan berbincang dengan mereka yang bukan pakar dalam bidang kajian yang ingin dilaksanakan. Hal ini kerana bagi mengelakkan berlakunya banyak kesalahan.

7.      Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman – bacelor dan Master; 50 halaman – PhD), Bab 3 (10 – 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

Huraian: Penulisan tesis bagi setiap tahap pengajian (bacelor, master dan PhD) telah ditetapkan jumlah halaman yang perlu dicapai oleh pelajar dalam penulisan mereka. Pada Bab 1 jumlah halaman adalah sekitar 10 hingga 12 halaman, Bab 2 sekitar 30 halaman bagi bacelor dan Master, manakala bagi PhD sekitar 50 halaman, Bab 3 adalah dalam 10 hingga 12 halaman, Bab 4 lebih kurang 40 halaman untuk setiap satu objektif kajian, dan pada Bab 5 ialah antara lapan hingga 12 halaman.

8.      Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

Huraian: Yang dimaksudkan dengan tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti, dan universiti masing-masing ialah setiap fakulti, pensyarah dan universiti adalah berbeza dari segi penetapan jumlah halaman yang perlu dicapai kerana kebiasaannya keseluruhan tesis mempunyai dalam 80 halaman maksimun bagi bacelor, 81 hingga 150 halaman bagi Master, dan 151 hingga 240 halaman bagi PhD.

9.      Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

Huraian: Pelajar yang ingin memastikan penulisan tesisnya teratur hendaklah merancang setiap bahagian tesisnya dengan baik.


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.




GAMBAR KEHADIRAN MINGGU 11

 


Comments