Terjemahannya:
Bersabarlah menunggu. Jangan sesekali beranggapan ia
sebuah hukuman. Ia mungkin sekali sebuah perlindungan buatmu. Dan semestinya ia
sebenarnya adalah suatu persiapan bagi menunggu detik pintu tersebut dibuka.
Semua ini terjadi berkaitan dengan masa. Tuhan Maha Mengetahui waktu yang
terbaik untuk memberikan semua yang kau pinta ketika siang dan malam.
Orang yang sepatutnya anda bersaing adalah dengan diri anda
sendiri. Orang yang sepatutnya anda kawal adalah diri anda pada hari semalam.
Fokus pada diri sendiri dan kekurangan diri. Berazamlah untuk menjadi insan
yang lebih baik pada setiap hari. Rumput anda tidak akan menjadi lebih hijau
sekiranya anda melihat dan rumput orang
lain.
Hidup penuh dengan ujian demi ujian. Bersedialah untuk diuji
dengan ketakutan, kegagalan, kehilangan, kesihatan dan kesenangan. Hadapi ia
dengan sabar atau kecewa dan sengsara? Hal yang membuatkan anda perlu tetap
berjuang adalah bayangan dan tanggapan yang tidak pernah berhenti. Allah Taala
mempunyai syurga yang cantik, yang pasti menunggu anda. Jangan putus asa!
Terjemahannya:
Ada masanya, jawapan kepada doa anda adalah bukan apa yang Allah beri, tetapi dari yang anda
hilang. Mungkin anda tidak akan dapat melihatnya segera tetapi lama kelamaan anda akan sedar
bahawa kehilangan itu a adalah kekuasaan Allah a. Dia sedang menyelamatkan
dirimu daripada malapetaka. Jadilah orang yang bersyukur kerana anda tidak
mampu melakukannya sendirian.
Comments
Post a Comment