BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

PENULISAN BLOG

Normaliza Abd Rahim (2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik.

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.

2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.

3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.

4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.

5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.

6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.

7. Dapat dibaca dan difahami.

8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.

9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.

10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.



Ulasan


10 cara menulis blog yang disenaraikan merupakan panduan dan rujukan yang terbaik bagi individu yang pertama kali membuat blog dan ingin menjadikan blog mereka menarik perhatian pembaca. Pertama sekali, pemilihan tajuk mestilah semenarik cerita yang ingin ditulis dan cara penulisan yang baik juga bukanlah yang hanya bersifat senada tetapi sebaiknya yang mempunyai unsur humor yang menunjukkan identiti sebagai penulis blog. Selain itu, penulisan blog yang baik juga mestilah menonjolkan kerasionalan penulis dengan hujan terbaik terhadap isu yang ditulis. Lebih menarik, penulisan boleh dikaitkan dengan berita terkini agar pembaca dapat merasakan bahawa penulisan blog kita adalah relevan mengikut rentak zaman. Seterusnya, gunakanlah perkataan dan struktur ayat yang ringkas agar mudah difahami oleh pembaca kerana ayat yang terlalu berbunga dan meleret-leret akan menyebabkan pembaca keliru dan kemudiannya hilang minat terhadap cara penulisan kita. Di samping itu, penulisan blog yang baik ialah blog yang menggalakkan pembaca memberi pendapat atau komen terhadap isu penulisan kita. Semestinya, moral dan nilai estetika perlu dicuatkan dalam penulisan simbol integriti penulis blog terhadap isu yang dikupas. Akhir sekali, penulisan blog yang baik adalah blog yang mampu menjadi rujukan dan panduan terhadap individu lain yang mencari maklumat tentang isu-isu bagi tujuan mencari ilmu. Misalnya, blog berkenaan dengan ilmu linguistik.



Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology.
      Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
      Malaysia Teregganu



Comments