BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Wacana dan Strategi Komunikasi

Minggu 5 (Bahagian A)

Strategi Kesopanan

Nama: Siti Adlina binti Razman
No Matrik: 197828


                Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalalm erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987: 61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.



STRATEGI KESOPANAN
Bald on-record
Kesopanan Positif
Contoh:
Bersedia!
Dengar sini….
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.
Contoh: Kamu Nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.

Kesopanan Negatif
Off-record
Mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan
Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.


Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Minggu 5 (Bahagian B)

Ringkasan Cerita Sosial 2

Bapa Alim yang pergi ke pasar tani telah membeli banyak buah-buahan untuk keluarganya kerana beliau tahu bahawa anak-anaknya gemar makan buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, buah durian, buah manggis dan lain lagi. Anak-anaknya yang teruja melihat Bapa Alim membawa pulang buah-buahan terus memilih buah yang mereka gemari. Ibu Alim yang peka terhadap kebersihan rumah telah menyediakan bakul sampah dan mengingatkan anak-anaknya untuk membuang sampah pada tempat yang sepatutnya. Anak-anak yang tidak banyak ragam menurut pesanan ibunya. Alim berhasrat untuk memberi sedikit buah-buahan kepada Sulaiman, anak jiran keluarga Alim. Ibu Alim memuji Alim yang berniat baik dan selalu mengingati pesanan ibunya tentang amalan berkongsi kesenangan dan rezeki yang diperoleh. Ibu Alim mengasingkan buah-buahan ke dalam satu plastik untuk jirannya. Alim memberi buah rambutan dan manggis kepada Sulaiman. Kemudian, Alim yang sedang menolong keluarganya mengemas rumah, dia pergi membuang sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah di luar rumah, terserempak dengan Mak Cik Timah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim atas pemberiannya sebentar tadi dan berasa terharu kerana Alim baik terhadap anaknya. Alim menyatakan bahawa dia suka berkawan dengan anaknya. Mak Cik Timah yang terharu terus mendoakan kesejahteraan keluarga Alim.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. 
      Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu






Comments