BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

Minggu 5 (Bahagian B)

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurag keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
                                                                                                                                              (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebh suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
                                                                                                           (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Huraian:
Berdasarkan kedua-dua rujukan di atas, penulisan cerita secara individu mampu membantu para pelajar untuk menambah baik cara mereka menulis. Peluang bagi pelajar untuk meneroka apa jua buah fikiran mereka dan diekspresikan melalui penulisan dapat digalakkan. Namun demikian, proses penulisan boleh terbantut apabila individu berasa kurang yakin atau meragui diri sendiri untuk menulis. Perasaan ragu-ragu inilah yang menyebabkan mereka akhirnya melupakan hasrat untuk berkongsi idea melalui penulisan. Sekiranya ditanyakan kepada para penulis terkenal, perasaan ini adalah normal dan boleh dikawal. Selain itu, proses pembelajaran bahasa adalah efektif sekiranya pelajar melibatkan diri secara terus dalam aktiviti pembelajaran. Misalnya, pelajar yang diberi peluang untuk membuat penulisan sendiri dan berani menerbitkannya adalah salah satu cara mereka terlibat terus dalam proses pembelajaran bahasa. Secara tidak langsung, mereka belajar untuk menyedari kesalahan dan memperbaikinya secara terus. Belajar bahasa sememangnya tidak mempunyai amali seperti pembelajaran dalam bidang sains. Namun begitu, bagi memastikan pelajar mudah memahami apa yang dipelajari, aplikasi seperti penulisan sepatutnya digalakkan walaupun pelajar masih belum mempunyai kepakaran sepenuhnya dalam penulisan. Lagi pun, penulisan yang baik sememangnya bermula dari kebuntuan dan proses pemupukan idea. Cara ini bagi mengelakkan pelajar berasa bosan dan tidak tumpu kerana adanya pembelajaran secara dua hala berlaku.


Kata Kunci

Rujukan:

Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT


Comments