28 DISEMBER 2020 💙
MINGGU10 - QUOTATION(3)
1. Teks
Asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight
to me calm again.
Terjemahan Melayu: Apabila saya
tenang, perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan berjuang lagi agar saya
kembali tenang.
Bukti:
Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)
Alim
berhenti menangis. Alim duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen bersama
abang Imran, kak Madinah dan Aisyah.
2. Teks
Asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I
cherished forever.
Terjemahan Melayu: Ingatan terakhir kita
bersama akan kekal sebagai saat bahagia yang saya hargai selama-lamanya.
Bukti:
Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)
Suasana
kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat.
Alim tahu di mana ayam dan itik dan reban ayam. Alim juga tahu di mana reban
ayam yang baharu.
3. Teks
Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than
anything else.
Terjemahan Melayu: Hidup dalam
kemiskinan akan menyedarkan saya bahawa hidup lebih berharga daripada yang
lain.
Bukti:
Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
“Ibu,
boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?,” tanya Alim kepada ibunya. “Ibu
dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah
satu perbuatan yang baik”, sambung Alim lagi.
4. Teks
Asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it
will be difficult most of the time.
Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja
keras untuk mendaki gunung tertinggi walaupun saya tahu bahawa ia selalunya
akan menjadi sukar.
Bukti:
Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
Alim
belajar daripada Abang Imran dan Kak Madinah untuk menyapu sampah. Kak Madinah
akan menunjukkan cara memegang penyapu. Abang Imran pula akan menolong Alim
menunjukkan cara untuk menyapu sampah. Kadangkala, Alim gagal untuk menyiapkan
kerja itu. Alim akan tinggalkan penyapu di tengah-tengah rumah. Ibu akan
memanggil semula Alim dan memujuk Alim untuk menyiapkan kerja. Alim tersenyum.
5. Teks
Asal: I am a good person and I know I will be the best.
Terjemahan Melayu: Saya seorang yang
baik dan saya tahu saya akan menjadi yang terbaik.
Bukti:
Cerita Sosial 4 (Hati)
Alim
suka Cikgu Anis. Cikgu Anis baik hati. Cikgu Anis selalu mengajar Alim di
kelas. Alim mahu menjadi seorang guru seperti Cikgu Anis.
6. Teks
Asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the
world.
Terjemahan Melayu: Sekiranya saya
dapat mengungkapkan cinta saya kepada anda, saya akan menjadi orang yang paling
bahagia di dunia.
Bukti:
Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
“Saya
sayang keluarga saya,” ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.
“Saya
rindu keluarga saya setiap hari,” sebut Alim sambil tersenyum.
7. Teks
Asal: I have faith in you.
Terjemahan Melayu: Saya percaya
kepada anda.
Bukti:
Cerita Sosial 4 (Hati)
Ibu
memerhatikan Alim sambil tersenyum. Ibu tahu Alim akan belajar dengan rajin.
Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga diri. Hari ini, Alim sudah
pandai memakai baju sekolah sendiri. Alim pandai memakai kasut sekolah. Alim
pandai membawa botol air ke sekolah. Alim tidak lupa bersalaman dengan bapa,
abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Alim juga pandai mengemas katil sebelum ke
sekolah. Ibu tahu Alim boleh berdikari.
8. Teks
Asal: I want someone to tell me that it is going to be fine.
Terjemahan Melayu: Saya mahu
seseorang memberitahu saya bahawa ia akan baik-baik saja.
Bukti:
Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)
Nenek
memujuk Ali. Nenek pegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah sambil
bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepada Alim.
9. Teks
Asal: My parents believe that I will be a good person one day.
Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya
percaya bahawa saya akan menjadi orang yang baik kelak.
Bukti:
Cerita
Sosial 3 (Keluarga Saya)
“Alim
anak yang rajin dan baik,” sebut ibu sambil memegang bahu Alim.
“Alim
suka tolong adik,” kata bapa sambil tersenyum.
“Terima
kasih ibu. Terima kasih bapa,” jawab Alim.
Rujukan: Normaliza Abd
Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Penerbit UMT.
Comments
Post a Comment