BBN3402SATU2020: MINGGU8 (PENGALAMAN TEST JPJ, AT THE AGE OF 22)

Assalamualaikum semua <3
Disebabkan minggu 8 Mak Iti tak dapat hadir kuliah dan amali BBN3402, maka Mak Iti ambil inisiatif untuk share pengalaman test JPJ pada 14 Disember 2020.
14 DISEMBER 2020.
 Setelah 3 bulan belajar memandu setiap hari Sabtu dan Ahad,
Maka hari yang ditunggu-tunggu pun dah datang gais.
JPJ test !!!!!!

Sejujurnya, entah macam mana, Mak Iti yang normally ada anxiety bila ada big event akan berlaku boleh bertenang. Pelik tapi syukur. Selalunya seminggu atau dua minggu sebelum apa jua test Mak Iti dah menggelabah, tapi kali ni tenang betul. 

Awal pagi lagi Mama dah hantar dekat institut memandu.
Dalam perjalanan ke institut ni, mulut tak berhenti kumat-kamit RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) dan RSM (Rutin Sebelum Memandu) sebab risau lupa.

Yang silapnya pada hari Isnin tu, Mak Iti tak sarapan !!!!
which is not good, gais.
Please dont skip your breakfast.

Sampai dekat institut, Mak Iti terus cek suhu, daftar nama dan duduk.
Tunggu pegawai JPJ sampai untuk dengar taklimat sebelum test.
Mak Iti dapat nombor 5 sebab kita ni ambil lesen DA (Automatik) je. Ngeh.

Pukul 930 lebih baru start test RPK.
Punya la konfiden boleh buat RPK tu, tapi bila buat boleh silap sebut and tak sebut 4 benda.
1. Tayar dah botak tapi Mak Iti kata tayar okay lagi.
2. Tingkap tu pegawai JPJ turunkan, tapi Mak Iti tak test untuk naikkan cermin tingkap waktu pemeriksaan.
3. Paras minyak stereng kuasa pulak Mak Iti tak sebut. Even though kereta sekarang dah tak guna minyak stereng kuasa, kita kena mention yang kereta tu guna kuasa elektronik. My bad la tak sebut walau pun tahu. Biasala kan, nervous teruk tiba-tiba.
4. Penutup tangki radiator tu Mak Iti tak reti nak tutup. Sumpah susah nak bukak. (Alasan)

Maka, tolak la 4 markah kat RPK. Huhu. 
Untuk RSM, biasa-biasa je. Pegawai tu tak check sangat.
Gitu-gitu je.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Comments